Dr Mahathir Sokong Wan Azizah Sebagai MB Selangor?

Kuala Lumpur – Portal Malaysiakini cuba memberikan gambaran seolah-olah mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad menyokong Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Qan Ismail dilantik sebagai menteri besar Selangor bagi mengantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Dalam  artikel bertajuk ‘Tiada Masalah MB Wanita, kata Mahathir’ portal tersebut ingin mengambarkan kononnya Dr Mahathir turut menyokong usaha untuk menyingkirkan Khalid.

Sedangkan apabila diteliti bekas perdana mentri itu hanya memberikan satu kenyataan umum bagi mengambarkan Islam tidak pernah mengamalkan sebarang pendekatan diskriminasi terhadap wanita.

‘Tiada masalah untuk mana-mana wanita menjadi pemimpin’ katanya.

Beliau menyatakan negara Islam tidak membezakan pemimpin dari segi jantina sebaliknya kebolehan.

“Kami tidak membezakan antara lelaki dan wanita. Kalau mereka (rakyat) nak wanita (jadi pemimpin) mereka akan mendapat wanita.

“Kita lihat ia berlaku di banyak negara Muslim,” ujar beliau lagi.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin sebelum ini berkata Wan Azizah tidak layak untuk menjadi menteri besar.

“Bagi saya wanita lebih daripada layak untuk menjadi Menteri Besar atau Perdana Menteri…cuma bukan wanita itulah. Tapi itu terpulang kepada Pakatan Rakyat,” katanya.

Paling menarik cadangan untuk melantik Wan Azizah sebagai menteri besra turut ditentang oleh rakan sekutu Pakatan Rakyat.

Melalui seatu kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini, PAS dikatakan tidak bercadang memilih wanita sebagai menteri besar memandangkan konsensus setakat ini hanya memilih wanita sebagai wakil rakyat, dan keputusan itu dilihat mengekang sebarang langkah PKR menamakan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor.

“Setakat ini, kita (PAS) tidak sampai peringkat mencadangkan wanita sebagai menteri besar dan sebagainya.

“Jika sebagai wakil rakyat memang kita ada konsensus yang kita putuskan wanita juga boleh bertanding (pilihan raya),” katanya, ketika ditemui pemberita selepas program bersama Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, di Sepang, Selangor malam tadi.

Yunus berkata, soal melantik Wan Azizah yang juga presiden PKR sebagai menteri besar Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim juga memerlukan pendapat kolektif parti Pakatan Rakyat (PR) yang diangotai PAS.

“Soal beliau (Wan Azizah) layak atau tidak untuk menjadi menjadi menteri besar, itu satu soal kolektif yang lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.