Manchester United Perkenal Louis van Gaal Secara Rasmi

Ketibaan pengendali baharu Manchester United, Louis van Gaal pada Rabu disambut Naib Pengerusi Eksekutif kelab, Ed Woodward dan penolongnya, Ryan Giggs.

Selain sesi pengenalan kepada pemain yang diadakan secara tertutup, Van Gaal turut diperkenalkan secara rasmi kepada pihak media.

Petugas media Inggeris turut dibenarkan merakam gambar Woodward bersama Van Gaal dan Giggs.

Jurulatih dari Belanda itu kemudian dibawa oleh Giggs untuk melawat kem latihan di Carrington sambil melalui di hadapan kumpulan media.

Woodward memberitahu, Van Gaal akan mengadakan sidang media pertamanya pada pukul 3 petang, Khamis (waktu England).

Selain penyokong kelab itu yang teruja dengan ketibaan van Gaal, para pemain turut memuat naik ucapan selamat datang kepadanya menerusi laman sosial.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.