Lee Hyori Bakar Foto Kekasih Lama

SEJAK berkahwin dengan Lee Sang Hoon pada September tahun lalu, ada saja cerita-cerita menarik mengenai penyanyi seksi Lee Hyori.

Terbaharu, menerusi sebuah program bual bicara Magic Talk, Hyori yang menjadi artis undangan bercakap mengenai perkembangan rumahtangganya dan turut mendedahkan telah membakar kesemua foto bekas kekasihnya sebelum mendirikan rumah tangga.

“Kami semakin bahagia! Ada saja aktiviti menarik yang kami lakukan bersama. Kalau nak tahu, sebelum berkahwin, saya mengambil keputusan untuk membakar kesemua foto lama bersama bekas kekasih.

“Ya, suami tahu tentang perkara itu dan dia anggap ia hanyalah momen yang lucu,” katanya kepada pengacara program tersebut, Bong tae Gyu.

Program tersebut telah ditayangkan pada Selasa lalu menerusi saluran televisyen SBS.
Tags / Kata Kunci: Lee Hyori , Lee Sang Hoon

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.