Kereta Masuk Parit, Tiga Gadis Terselamat

KOTA KINABALU: Tiga gadis berusia lingkungan 20 tahun terselamat daripada sebarang kemalangan jiwa selepas Honda Civic dinaiki mereka terjunam ke dalam parit berhampiran bangunan Kompleks Bersepadu KPKK di Jalan Lintas, Kepayan kelmarin.

Dalam insiden kira-kira jam 7.30 pagi itu, ketiga-tiga mangsa dikatakan sedang menuju ke Kepayan dari arah Lido.

Turut dipercayai, sebaik tiba di lokasi itu pemandu Honda berkenaan dikatakan cuba mengelak daripada berlanggar dengan sebuah kenderaan di hadapan lalu hilang kawalan sebelum terjunam ke dalam parit yang sedalam kira-kira lima meter.

Bagaimanapun, ketiga-tiga mangsa berjaya diselamatkan oleh beberapa orang awam yang secara kebetulan melalui kawasan berkenaan.

Difahamkan kereta Honda terbabit berjaya dinaikkan kira-kira jam 11 pagi kelmarin dengan bantuan jentera kren.

 

Read more: http://www.theborneopost.com/2014/07/17/kereta-masuk-parit-tiga-gadis-terselamat/#ixzz37gLDNsfl

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.