Johan Raja Lawak Jalani Pembedahan

Kuala Lumpur – Penyampai radio Era, Johan kini selamat menjalani pembedahan di lutut kirinya ekoran kecederaan yang menyebabkan ligamen lututnya terkoyak.

Perkara itu diumumkan sendiri oleh Johan atau nama sebenarnya Mohamad Yazid Lim Mohamad Aziz melalui laman sosial Instagram.

Difahamkan, Johan kini bercuti selama sebulan untuk berehat sepenuhnya sehingga sembuh.

Gambar kaki berbalut itu dikongsi bersama pengikutnya dan memohon peminatnya medoakan kesihatannya supaya dia kembali ke udara di JoHaRa Pagi Era dalam masa terdekat.

“Alhamdulillah semua telah dipermudahkanNya. Saya telah pun selamat menjalani pembedahan Anterior Cruciate Ligament (ACL).

“Doakan saya moga cepat sihat supaya dpat beraksi di radio era untuk menghiburkan pagi anda,” katanya.

Dalam pada itu Johan juga sempat berkongsi gambarnya ketika dilawat oleh pelawak terkenal, Afdlin Shauki ketika berada di hospital.

Sebelum ini, Johan pernah menjalani pembedahan yang sama ketika tempoh berlangsungnya Maharaja Lawak Mega.

“Buat masa sekarang bagi saya berehat dulu sebab anak-anak saya akan ambil tugas untuk hiburkan saya,” tulisnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.