Pelabur Asing Tarik Keluar RM415.3 Juta Minggu Lepas

KUALA LUMPUR – Pelabur asing melupuskan sebanyak RM415.3 juta ekuiti tempatan minggu lalu, meneutralkan belian sejumlah RM350 juta belian pada minggu-minggu sebelumnya.

Pelan penggantungan tarif ke atas Mexico oleh Presiden Donald Trump menarik belian pelabur asing sebanyak RM59 juta di Bursa Malaysia pada hari Isnin.

Selain itu, jangkaan rangsangan ekonomi daripada Rizab Persekutuan Amerika Syarikat juga telah memberi sokongan kepada selera pelabur.

Berikutan itu, belian bersih asing telah berlarutan hingga enam hari, jualan paling lama sejak pertengahan dan akhir Januari 2019.

Bursa tempatan pula naik 0.4 peratus lebih tinggi kepada 1,655 mata pada hari sama, paras tertinggi sejak 22 Mac 2019.

MIDF Research berkata, bagaimanapun, pada hari Selasa dana antarabangsa membawa keluar sebanyak RM101.5 juta daripada ekuiti tempatan, menyeret FBM KLCI susut sebanyak 0.3 peratus kepada 1,651.2 mata.

Suasana berubah menjadi suram apabila Trump mengancam untuk menaikkan tarif di China lagi jika Presiden Xi Jinping tidak menghadiri sidang kemuncak G-20 pada akhir bulan ini.

Aliran keluar dana asing berterusan pada hari Rabu mencecah kepada RM143.2 juta disebabkan protes oleh penduduk Hong Kong terhadap rang undang-undang ekstradisi pesalah ke China.

Namun, terdapat tanda-tanda lega apabila jualan asing di bawah RM100 juta kepada RM23.3 juta, tambah firma penyelidikan itu.

Tetapi, kelegaan itu tidak lama apabila pelabur asing melupuskan sejumlah RM206.2 juta bersih pada hari Jumaat di tengah-tengah kegelisahan disebabkan pengeluaran perindustrian China susut kepada paras paling lemah dalam tempoh 17 tahun dan serangan ke atas dua tangki minyak di Timur Tengah di Teluk Oman.

Dengan tinggal dua minggu lagi dagangan bulan Jun 2019, pelabur-pelabur asing telah melupuskan RM65.3 juta.

Setakat ini, aliran keluar dana asing dari Malaysia mencecah RM4.86 bilion. – MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.