SPRM Didesak Siasat Segera Isu Bolot Bazar Ramadan Babit Pemimpin PPBM

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa menjalankan siasatan terhadap individu yang didakwa dalam penjualan tapak bazar Ramadan di Masjid India, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii berkata, seorang ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dipercayai menggunakan hubungan politik untuk mengaut ratusan ribu ringgit menerusi penjualan tapak bazar Ramadan itu.

Katanya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pula didapati menawarkan tapak bazar pada harga nominal yang rendah, iaitu RM80 bagi setiap petak.

“Ini salah guna kuasa yang dilakukan oleh PPBM bagi menekan dan mempengaruhi penjawat awam DBKL untuk mendapat kepentingan.

“Mereka tidak melalui proses yang telus. Setahu saya ia mempunyai kriteria dan peraturan bagi mendapatkan tapak terbabit.

“Kami tidak mengerti bagaimana perkara ini boleh terlepas daripada proses dan kawalan ketat DBKL,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohd Razlan turut meminta SPRM menyiasat Ahli Parlimen berkaitan kerana didakwa menyalahgunakan kedudukan beliau untuk menekan penjawat awam bagi mendapatkan kelulusan.

“Sebagai parti politik kerajaan, kedua-dua individu ini menggunakan kedudukan untuk mendapatkan kepentingan sekali gus mengaut untung atas angin dan tidak mematuhi peraturan.

“Saya mendesak supaya SPRM bertindak secara telus untuk menjaga kepentingan penjawat awam dan melindungi mereka daripada tindakan Ahli Parlimen yang sering kali datang ke DBKL atas urusan kepentingan peribadi,” katanya.

Sebelum ini, timbul kontroversi mengenai surat sokongan yang dikeluarkan ahli PPBM terbabit bagi mendapatkan kelulusan DBKL untuk menganjurkan bazar.

Surat maklum balas daripada DBKL kepada individu itu turut tular di media sosial, menunjukkan 80 lot diluluskan untuk perniagaan selama sembilan hari dengan bayaran RM6,238.

Dakwaan timbul menyatakan individu berkenaan mengaut sehingga RM5,000 dalam bentuk sewa dari setiap lot melalui orang tengah. – HMetro

2 thoughts on “SPRM Didesak Siasat Segera Isu Bolot Bazar Ramadan Babit Pemimpin PPBM

  • June 19, 2018 at 2:38 am
    Permalink

    SLMT HARI RAYA…. SIASAT DAN DAKWA JIKA ADA SALAH LAKU…DULU UMNO SKRG NI PH…! SURAT SOKONGAN DAH BASI….! CAKAP PH INTERGRITI BEBAS RASUAH???? APA CERITA?? KATA DULANG PAKU SERPIH!! JGN SAMPAI RAKYAT BENCI MUAK , DEMONSTRASI….! SAMA JUGA RUPANYA PH ..TIADA BEZANYA DGN UMNO….. MANIFESTO PH BOLIH MASUK TONG SAMPAH LAH…! 2X5,5X2… SALAH PILIH JUGA RASANYA…..! JIKA TIADA APA2 TINDAKAN 5 TAHUN LAGI KITA TUKAR LAIN…KITA UBAH LAH…

    Reply
  • Pingback:Tiada Lagi Bazar Ramadan dan Deepavali Di Kuala Lumpur Selepas Ini | SUARA TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.