Piala Dunia 2018: Gol Sendiri dan Sepakan Penalti Bantu Kemenangan Croatia

KALININGRAD – Gol sendiri dan penalti memberikan permulaan yang selesa untuk Croatia di Piala Dunia apabila menundukkan Nigeria 2-0 dalam pertembungan Kumpulan D di Stadium Kaliningrad malam tadi.

Tandukan terbang daripada Mario Mandzukic menyebabkan bola tertampan ke pemain tengah Nigeria Oghenekaro Etebo sebelum ia menerjah masuk ke gawang gol sendiri pada minit ke-32, sekali gus membolehkan Croatia di depan pada babak pertama.

Luka Modric kemudian menggandakan jaringan Croatia menerusi sepakan penalti pada minit ke-71 susulan pertahanan Nigeria William Troost-Ekong mengasari Mandzukic.

Kemenangan tersebut membolehkan Croatia berada di kedudukan teratas Kumpulan D selepas Argentina dan Iceland sekadar seri 1-1 dalam satu lagi aksi di Moscow, semalam. – REUTERS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.