MP Kuala Kangsar Sedih, Dihina ‘Janda Gila Kuasa’

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd. Yazid melahirkan rasa kecewa dan sedih apabila dihina dengan pelbagai kata-kata hinaan dan cacian oleh segelintir pihak yang terlalu taksub kehilangan kuasa politik.

Mastura berkata pelbagai usaha turut dijalankan oleh pihak-pihak tertentu bagi memastikan beliau ‘dihumban’ keluar dari Umno Bahagian Kuala Kangsar.

Esok genaplah 2 tahun saya menjadi MP Kuala Kangsar. Selama 2 tahun tanpa henti, saya di serang oleh mereka yang mahu saya keluar dari Bahagian ini dengan panggilan ‘orang luar’, ‘suami dah mati, janda gila kuasa’ , ‘ ‘balik nogori lah’ dan banyak lagi desakan, tohmahan dan fitnah yg saya tidak dapat nyatakan di sini kerana terlalu memeritkan,” ujarnya melalui laman Facebooknya sebentar tadi.

Menurut Mastura ekoran serangan dan desakan tersebut, beliau membuat keputusan untuk meletakan jawatan sebagai ahli jawatankuasa bahagian dan memilih untuk tidak bertanding apa-apa jawatan dalam pemilihan kali ini.

“Dan usaha2 ini masih lagi berjalan walaupun saya telah mengistiharkan saya tidak bertanding apa2 jawatan di cawangan atau bahagian.

“Saya konsisten dengan keputusan saya 2 tahun yg lalu, kerana saya berpegang kepada keputusan terpilihnya saya sebagai calon PRK kerana saya adalah calon yang tidak akan mencampuri urusan Bahagian dan saya akan berjuang sebagai seorang ahli biasa di peringkat bahagian,” ujarnya lagi.

Walaupun tidak menyatakan sebarang nama, namun status beliau itu dipercayai merujuk kepada pemimpin Umno Kuala Kangsar yang tidak senang dengan penglibatan ahli parlimen itu di peringkat bahagian.

Pada pilihanraya umum yang lalu, Mastura berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Kangsar apabila mengalahkan calon PKR, Ahmad Termizi Ramli dan calon Pas, Khalil Idham Lim Abdullah dengan majoriti 731 undi.

Beliau dipilih sebagai calon Barisan Nasional bagi meneruskan legasi suaminya Allahyarham Datuk Wan Mohamad Khair-il Wan Ahmad, bekas Ahli Parlimen kawasan itu yang meninggal dunia dalam tragedi helikopter di Sarawak dua tahun lalu. – SuaraTV

Berikut adalah catatan penuh beliau yang meluahkan isi hatinya:

Hari ini, saya perlu membuat keputusan yang sangat penting demi perjuangan ini. Ianya akan menentukan usaha saya meneruskan kelangsungan perjuangan saya untuk agama dan bangsa. Bagi saya, UMNO adalah wadah perjuangan hingga ke akhir hayat.

Esok genaplah 2 tahun saya menjadi MP Kuala Kangsar. Selama 2 tahun tanpa henti, saya di serang oleh mereka yang mahu saya keluar dari Bahagian ini dengan panggilan ‘orang luar’, ‘suami dah mati, janda gila kuasa’ , ‘ ‘balik nogori lah’ dan banyak lagi desakan, tohmahan dan fitnah yg saya tidak dapat nyatakan di sini kerana terlalu memeritkan.

Dan usaha2 ini masih lagi berjalan walaupun saya telah mengistiharkan saya tidak bertanding apa2 jawatan di cawangan atau bahagian.

Saya konsisten dengan keputusan saya 2 tahun yg lalu, kerana saya berpegang kepada keputusan terpilihnya saya sebagai calon PRK kerana saya adalah calon yang tidak akan mencampuri urusan Bahagian dan saya akan berjuang sebagai seorang ahli biasa di peringkat bahagian.

Dengan itu saya juga telah meletakan jawatan sebagai AJK Bahagian sebab saya rasa keputusan ini di senangi oleh mereka yg menyerang saya.

Tapi yang paling menyedihkan adalah ketika usaha mereka yang bertubi-tubi untuk mengeruhkan dan merosakan perhubungan saya dengan keluarga saya di Kuale.

Selama 27 tahun saya dengan segala jiwa dan raga membantu Arwah Dato Wan dan Kuale sudah menjadi tempat saya menumpang kasih.

Usaha bersepadu mengusir saya di buat oleh mereka yang sepatutnya membantu saya sekeluarga ketika kehilangan tempat saya dan anak2 berpaut.

Saya maafkan mereka semua. Saya dan anak2 berserah kepada Allah SWT untuk mengadilinya .Saya sayangkan rakyat Kuale dan akan terus mencuba buat yg terbaik dengan tekanan2 yg saya terima sebagai MP Pembangkang.

Terima kasih kepada Rakyat Kuale dan semua akar umbi ahli UMNO yang membantu saya di dalam perjuangan ini. Dengan keputusan ini , saya harap ia nya di terima semua pihak . Saya mohon doa dari sahabat2 supaya keputusan ini dapat membantu menguatkan lagi sokongan dan penyatuan orang Melayu di Tanahair tercinta . #demicintasebuahperjuangan
#terimakasihorangkuale?❤️

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.