Ku Li Bawa Imej Tua, Tok Pa Bukan Anak Jantan Kata Zam

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Tan Sri Zainuddin Maidin menyifatkan pemilihan Umno pada kali ini masih gagal membawa perubahan yang diharapkan.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Zam mendakwa keputusan Tengku Razaleigh Hamzah yang menawarkan diri bagi bertanding jawatan Presiden Umno merupakan satu keputusan yang salah.

“Jika (ahli) veteran, Tengku Razaleigh memikirkan (dengan) menjadi Presiden (beliau) akan meremajakan UMNO maka itu perhitungan (yang) silap kerana dia akan kekalkan imej tua dan feudalistik UMNO.

“Dia bukan Mahathir yang tua tetapi fikirannya melampaui orang muda meremajakan PH,” ujarnya melalui laman Twitter sebentar tadi.

Tengku Razaleigh ketika sidang akhbar semalam berkata keputusannya menawarkan diri dibuat selepas meneliti kedudukan UMNO dan memperhalusi akan implikasi keputusan yang dibuat terutama mengenai soal kepemimpinannya.

Zam selanjutnya turut membidas Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang disifatkan tidak berani untuk bertanding yang lebih tinggi dalam Umno.

“Mustapha Muhammad mestilah sanggup ‘go for broke’ untuk rebut jawatan Presiden atas slogan bersihkan UMNO jika benar-benar mahu selamatkan UMNO tapi sayang dia terlalu banyak perhitungan dan bukan anak jantan,” ujarnya lagi.

Mustapa sebelum ini berkata fokus beliau sekarang adalah untuk mempertahankan jawatan MT yang disandangnya itu pada pemilihan parti 30 Jun ini sambil menolak untuk merebut jawatan lain termasuk timbalan atau presiden parti itu. – SuaraTV

One thought on “Ku Li Bawa Imej Tua, Tok Pa Bukan Anak Jantan Kata Zam

  • June 18, 2018 at 1:28 pm
    Permalink

    SLMT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN…..BUAT APA PUN ….DAH ROSAK…….! BERKUBUR TANPA BATU…. DERAI BAK DEBU… HILANG TANPA NAMPAK… KENANGAN YG TINGGAL….

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.