Zizan Botakkan Kepala, Peminat Sifatkan Seperti Sivaji The Bos, Pitbull

Pelawak, pelakon dan pengacara Zizan Razak yang kini sedang berada di Tanah Suci Mekah untuk menunaikan ibadah Umrah tampil dengan imej terbaharu.

Zizan menerusi laman Instagram miliknya, @zizanrazak869, Zizan memuat naik gambanya yang kini berkepala botak.

Rata-rata peminatnya terkejut dengan penampilan terbaharunya kerana sejak terlibat dalam industri seni bermula tahun 2007, Zizan tidak pernah tampil berkepala botak.

Dalam pada itu, melihat penampilan baharu Zizan ada beberapa peminatnya yang menyifatkan pelawak itu sebagai watak dalam filem Sivaji The Boss.

Ada juga peminat yang turut berseloroh dengan menyifatkan imej Zizan seperti penyanyi terkenal antarabangsa, Pitbull, seperti memetik AstroGempak.

Dalam pada itu, peminat turut mendoakan agar urusan dan ibadah Zizan dipermudahkan.

Kali terakhir Zizan berangkat ke Tanah Suci Mekah untuk mengerjakan ibadah Umrah pada bulan Jun tahun lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.