Wanita Simbah Air Panas, Marah Guru Besar Datang Melawat

SIBU — Lengan dan badan seorang guru besar sekolah rendah di sini melecur akibat tindakan seorang guru wanita menyimbah air panas terhadapnya, semalam.

Ketua polis Daerag Sibu, ACP Saiful Bahri Abdullah berkata, pertengkaran pada 10 pagi berlaku ketika suspek berada di dalam kelas dan guru besar meninjau kawasan sekolah melibatkan “isu kepercayaan”, lapor mStar.

“Guru besar itu meninjau sekitar sekolah itu dan ketika masuk ke kelas yang sedang dikendalikan guru berkenaan, suspek memberitahu guru besar itu tindakannya menunjukkan seolah-olah dia tidak mempercayai suspek,” katanya.

Beliau berkata, ketika pergaduhan, pendidik wanita, 49, itu  sedang memegang segelas air panas sebelum “disiram” ke muka guru besarnya.

“Lengan dan belakang guru besar itu melecur akibat terkena air panas,” katanya, yang menambah suspek cuba menendang tetapi lelaki itu sempat mengelak.

Sehubungan iu, menurutnya, pertengkaran mereka berakhir setelah wanita itu menghalau guru besar, yang muda sembilan tahun dari kelas yang dipenuhi murid.

Suspek sebelum ini didakwa menyerang bekas guru besar sekolah di Lebaran dekat sini, dan laporan mengenainya telah dibuat.

Polis telah menahan guru wanita itu dan disiasat bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.