Video : Tular MCA Mampu Selami Masyarakat Islam Dan Bangsa Melayu Di Kelantan

Anak jati wakaf Bharu, Tumpat, Chua Hock Kuan mencuri perhatian di media sosial apabila mampu menyantuni amalan masyarakat Islam di Kelantan dan menyelami bangsa Melayu.

Menerusi status perkongsian Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Akmar Hisham Mokhles berkata, Chua merupakan seorang ahli perniagaan berjaya dan merupakan ahli MCA negeri itu yang sudah biasa bersama MCA Kelantan dengan menyantuni rakan-rakan beragama Islam terutamanya pada bulan Ramadan.

“Dia petah berbahasa Melayu dan Loghat Kelantan. Kalu dia call dan kita tak tengok muka hanya dengar suara sahaja, kita akan kata dia ni melayu kampung.

“Dia sangat faham dan memahami akan budaya Ramadhan setempat maka aktiviti seperti ini. Bagi kurma secara kotak terus kepada pihak masjid dan tidak perlu packing 5 biji kurma dan bahagi-bahagikan di bazar Ramadhan sepertimana DAP Kluang buat yang akhirnya mengundang padah kepada mereka juga,”tulisnya.

Tambahnya, di Kelantan, masyarakat Cina Kelantan amnya sudah biasa dengan adat dan adab berkait bulan Ramadhan yang tidak dapat ditiru dan diamal oleh pembangkang DAP.

Menurutnya, perkara itu seharusnya diterapkan di Malaysia, agar keharmonian tersebut menjadi contoh kepada generasi muda.

Disamping itu menurut Akmar, orang ramai boleh mengikuti perkembangan Chua Hock Kuan di laman facebook rasminya 福光之友 Rakan Chua Hock Kuan dan melihat bagaimana MCA di negeri itu dapat menjalinkan hubungan baik antara satu sama lain.

Sementara itu, pelayar facebook yang mengikuti status tersebut turut memberikan komen membina dan ‘tabik’ dengan cara yang dilakukan lelaki cina itu.

“Patut dicontohi oleh MCA negeri negeri lain #KitaGangNajibRazak,”tulis Salina Othman.

June Hassan menulis, “Kat Johor tak boleh …Cina Johor dan Cina di Kelantan ….beza …”.

“Lain chinese kelate yang mmbesar dalam masyarakat melayu ni. SGT berbeza,”tulis Lin Shazlinda.

Megat pula menulis, “Cara pembahagiannya jauh berbeza. Pemuda MCA ini menghantar dalam bentuk kotak terus ke masjid atau surau. Ia bukan dibuka dan dibungkus dlm 3,4 biji sebungkus”.- SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.