Video: Puteri UMNO Bukit Bintang Bawa 50 Kanak-Kanak Shopping Raya

KUALA LUMPUR – Prihatin dengan golongan kurang bernasib baik, Puteri UMNO Bahagian Bukit Bintang semalam meraikan 50 kanak-kanak dari kalangan anak yatim, asnaf dan juga anak-anak AJK Puteri UMNO di bahagian itu dengan membeli pakaian baharu bagi meraikan AIdilfitri yang bakal menjelang.

Ketua Puteri UMNO Bahagian Bukit Bintang, Datin Anne Ngasri berkata, program tahunan yang diadakan sejak dua tahun lalu bertujuan meringankan beban golongan kurang berkemampuan.

“Aktiviti shopping sebenarnya, sebegini memang dijalankan cuma kali ini kita more focus untuk pergerakan Puteri UMNO Bukit Bintang sahaja, sebab itu kita memilih Quill Mall untuk bersama-sama dengan Jusco.

“Dah dua tahun kita bekerjasama dengan Jusco, shopping mendapat baucar sebanyak dua ratus ringgit dan duit raya”, katanya ketika ditemui media media semasa Program Jom Shopping Raya bersama Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Bukit Bintang pada Jumaat. -SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.