Video: Leher Terjerut Tali Ketika Sedang Petik Kelapa

Satu video menjadi tular di laman Facebook apabila memaparkan seorang lelaki terjerut leher ketika sedang memanjat pokok kelapa.

Video yang berdurasi 1 minit 40 saat tu menunjukkan lelaki tersebut dalam keadaan kelam kabut untuk melepaskan diri dari jerutan itu.

Kemudian lelaki tersebut berhenti bergerak dan muncul pula seorang lelaki memanjat pokok tersebut untuk menyelamatkan lelaki terbabit.

Tali yang menjerut leher lelaki tersebut berjaya dilepaskan dan lelaki tersebut berjaya dibawa turun.

Lebih mengembirakan, lelaki tersebut selamat.

Rata-rata daripada netizen meluahkan rasa lega apabila lelaki tersebut selamat.

“Alhamdulillah syukur tuhan selamatkan nyawa dia. Hati-hati lain kali. Pengajaran untuk orang lain,” tulis Prince Khalifa.

“Allah berikan peluang ke 2, masih dipanjangkan umur dan selamat. Tingkatkan lah amalan kita semua. Peringatan untuk diri sendiri juga,” ujar Jamian Hamid.

“Ajalnya tidak tertulis untuk mati saat itu, syukur Alhamdulillah masih diberi peluang untuk hidup.. syukur,” tulis Din Din.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.