Sekali Lagi, Tular Jalan Berpuaka Di Kg Sireh


Sebelum ini telah ditular beberapa video kemalangan kawasan panas di ‘Chabang 3 Puaka’ Kg Sireh, Kelantan.

Dilaporkan baru-baru ini, juga telah berlaku kemalangan, malah pengguna jalan raya juga seperti tidak sedar melakukan kesalahan di kawasan jalan yang sama.

Menerusi satu perkongsian video, banyak kemalangan berlaku di jalan tersebut diambil rakamannya daripada cctv jalan.

Kejadian kemalangan yang agak aneh berlaku di jalan tersebut menjadi perdebatan netizen.

Bagaimanapun rata-ratanya menyifatkan ia bukan salah jalan atau jalan tersebut berpuaka, tetapi kesalahan dituding kepada pemandu dan pengguna yang melakukan kecuaian ketika melalui jalan tersebut.-SuaraTV


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.