Tarikh Lihat Anak Bulan Syawal Pada 24 Jun Ini

KUALA LUMPUR – Tarikh melihat anak bulan Syawal bagi menetapkan tarikh Hari Raya Puasa ialah petang Sabtu, 24 Jun bersamaan 29 Ramadan 1438 Hijrah.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam kenyataan di sini berkata, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi), lapor MG.

Sehubungan itu, penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan Hari Raya Puasa pada malam hari tersebut melalui radio dan televisyen kenyataan itu menerangkan.

Anak bulan Syawal akan dilihat di 29 lokasi di seluruh negara iaitu di Pontian Kecil (Johor);​​​​ Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu (Tanjung Bidara, Melaka); Telok Kemang (Port Dickson, Negeri Sembilan); Bukit Melawati (Kuala Selangor), Bukit Jugra (Banting), Balai Cerap Selangor (Sabak Bernam) di Selangor; Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru (Manjong, Perak) dan Pusat Falak Sheikh Tahir (Pantai Aceh, Pulau Pinang)

Kampung Pulau Sayak (Kuala Muda), Pemandangan Indah (Pulau Langkawi), Menara Alor
Setar (Alor Setar) di Kedah; Bukit Besar (Kuala Terengganu), Bukit Geliga (Kemaman), Pulau Perhentian (Besut), Balai Cerap KUSZA (Setiu) di Terengganu manakala di Kelantan di Bukit Peraksi (Pasir Puteh), Bukit Kampong Tembeling (Kuala Krai), Menara Bangunan
SEDC (Kota Bharu)

Bukit Tanjong Batu (Nenasi), Gunung Berincang (Cameron Highlands),  Bukit Pelindong di Kuantan, Pahang;  di Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah; Menara Kuala Lumpur
Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dan di Perlis dekat Kuala Sungai Baru (Simpang Empat)

Esplanade Luak (Miri), Teluk Bandung (Kuching), Tanjung Batu (Bintulu) di Sarawak dan
di Sabah dekat Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil (Putatan).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.