Sistem Kelas Al-Quran, KAFA Akan Diperkemas

SATU jawatankuasa kerja akan dibentuk antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan Kementerian Pendidikan untuk berbincang kaedah memperkemaskan Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) kepada satu sistem lebih teratur.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, jawatankuasa itu akan dibentuk dalam masa terdekat di mana ia akan membincangkan bagaimana program KAFA sedia ada itu diperkemaskan kepada satu sistem lebih teratur.

Menurutnya, selepas selesai perbincangan itu dan sistem yang dibincangkan sudah ada, Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Islam Malaysia (LEPAI) di bawah JAKIM akan mempersembahkannya kepada Majlis Raja-raja Melayu untuk mendapat persetujuan bagaimana pelaksanaan sistem itu nanti.

“Proses yang masih panjang namun kementerian ingin memperkemaskan organisasi KAFA itu kepada satu sistem yang lebih teratur kerana ketika ini KAFA hanya ada program tetapi tiada sistem teratur.

“Jika dulu guru KAFA hanya datang ke sekolah mengajar al-Quran selepas tamat mengajar pulang ke rumah dan sistem ini nantilah yang akan memperkemaskan KAFA,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas majlis sumbangan kepada pegawai masjid, guru KAFA dan Pegawai Jabatan Agama Islam di Pusat Komuniti, Padang Kerasak, Padang Terap, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum iniyang mengumumkan dana RM10 juta bagi pelaksanaan aktiviti dan memperkasakan pendidikan Islam di negara ini serta memperkukuhkan didikan KAFA. – HMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.