Sempena Raya, MEX Tawar Tol Percuma

KUALA LUMPUR – Maju Expresway Sdn Bhd (MEX) akan memberi laluan tol percuma kepada pengguna Lebuhraya MEX sempena sambutan Aidilfitri ini.

MEX, dalam kenyataan pada Jumaat, berkata tol percuma itu bakal dinikmati oleh lebih 86,000 kenderaan semua kelas bermula bermula 12 pagi sehingga 11.59 malam pada 25 Jun ini, lapor Bernama.

Sehubungan itu, orang ramai boleh mendapatkan maklumat terkini mengenai tol percuma dan laporan trafik menerusi twitter di @MEXTraffic, Facebook – MEX Traffic atau di Hotline MEX di 03-83159111.

Sementara itu, Lebuhraya Pantai Timur 2 Sdn Bhd (LPT2) menawarkan rebat tol sehingga 30 peratus untuk pembayaran tol secara elektronik pada 19 hingga 21 Jun ini.

“Pada tarikh-tarikh tersebut, rebat 30 peratus diberikan kepada pengguna kad PLUSMiles manakala pengguna kad Touch ”n Go menikmati rebat sebanyak 10 peratus. Ia ditawarkan kepada pengguna kenderaan kelas satu untuk perjalanan melebihi 100 kilometer di LPT2.

Dalam pada itu, menurut kenyataan PLUS Malaysia Berhad, rebat 30 peratus dan 10 peratus tersebut (dalam bentuk tambah nilai) boleh dituntut di semua Pusat Khidmat Pelanggan LPT2 bermula 15 Julai hingga 14 Oktober ini. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.