Netizen Kecam Jemaah Menari, Sifatkan Ia Sebagai Menuai Padi

Satu lagi video ajaran sesat didakwa berlaku di negara seberang menjadi tular di media sosial.

Video yang berdurasi 0:50 saat itu turut menerima kecaman datipada netizen.

Video yang menunjukkan jemaah lelaki dan wanita seakan-akan menari dan berteriak kedengaran seolah-olah seperti dzikir itu turut disifatkan sebagai sesat dan berlebih lebihan.

Aksi jemaah menghayunkan tubuh ke kanan dan ke kiri itu dilakukan sepanjang proses rakaman video itu berlangsung.

Sementara itu, ada netizen turut menyifatkan perlakuan itu sebagai menuai padi dan ada yang menyifatkan aksi tersebut sebagai perbuatan pelik yang telah terpesong dari landasan agama.

Dalam pada itu, segelintir netizen turut menyelar tindakan pihak berkuasa di negara seberang yang tidak membendung perlakuan sesat penganut Islam di negara itu.

“Setahu aku kt sawah padi je buat mcm ni..kalau nk asingkan beras tu..,”tulis Saudagar Unta.

Azahar Nasir menulis, “Biasa la indon memang banyak ajaran sesat sukar nk dibendung…kawin lain-lain agama pun boleh suami islam, wife kristian…Masyaallah….”.

“Indonesia merupakan negara yang paling ramai umat islam di dunia namun sayang pihak agama disana tidak membendung gejala islam songsang yang banyak berlaku di sana. Itu lagi bahaya. Aakan timbul puak-puak dalam agama islam itu sendiri.
Pernah tengok dokumentari di indonesia pasal seorang petani Islam tapi menyeru semangat padi dengan letak colok, ayam dan sebagainya. Siap didokumentarikan disana. Sepatutnya dibendung.,”tulis Kamsan Talib.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.