Liverpool Bida Tuan Rumah Sukan Komanwel 2022

LIVERPOOL – Bidaan Liverpool bagi menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2022 adalah termasuk perancangan kelab Liga Perdana Inggeris, Everton yang ingin membina stadium baharu.

Liverpool mendedahkan bidaan semalam dan berkata upacara perasmian dan acara ragbi tujuh sebelah akan berlangsung di Stadium Anfield.

Perancangan bidaan secara rasmi yang dihantar semalam itu turut termasuk penganjuran di bandar Manchester yang bakal menyaksikan berlangsungnya acara kriket dan lumba basikal di Veledrom Manchester.

Kebanyakan acara sukan akan diadakan di venue yang sudah sedia ada tetapi kolam renang untuk 50 meter akan dibina di pusat bandar manakala lompat kijang, lompat jauh dan lompat bergalah dicadangkan diadakan di Kepulauan Mann.

Stadium baharu Everton di Bramley-Moore Dock, berdekatan pusat bandar akan menganjurkan acara olahraga dan turut mempunyai perkampungan sukan yang berhampiran.

Arena bandar itu dan Pusat Konvensyen akan menganjurkan beberapa acara sukan tertutup termasuk gimnastik dan badminton. Goodison Park yang menjadi stadium Everton ketika ini akan menjadi tuan rumah kepada acara final tinju.

“Apa yang kami umumkan adalah satu tranformasi. Kami menggunakan semua kemudahan yang kami ada…venue bertaraf dunia, kata pengerusi bidaan Liverpool, Brian Barwick said.

Temasya Sukan Komanwel 2022 sepatutnya diadakan di Durban, Afrika Selatan tetapi bandar itu dilucutkan hak penganjuran oleh Persekutuan Sukan Komanwel, Mac lalu selepas mengalami masalah kewangan. – Reuters

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.