Lelaki Ditikam Adik Ipar Ketika Tidur

LAHAD DATU – Seorang lelaki maut dipercayai diserang adik iparnya ketika mangsa sedang tidur menggunakan sebilah pisau pemotong sayur di Kampung Sabah Baru, Jalan Tengah Nipah di sini semalam.

Kejadian pada pukul 3 petang itu mangsa yang berusia 29 tahun cedera parah pada bahagian leher, dada dan belakang badan.

Difahamkan mangsa yang terkejut kerana diserang bertindak melarikan diri namun, dikejar suspek sehingga lelaki itu diberkas penduduk kampung.

Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Lahad Datu di sini dan disahkan meninggal dunia pada pukul 5.20 petang hari yang sama ketika menerima rawatan, lapor Kosmo.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Hamzah Ahmad mengesahkan kejadian tersebut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.