Lelaki Bawa Singa Bersiar Ditahan Polis

KARACHI – Seorang lelaki yang membawa singa betina peliharaannya di belakang kenderaanya dituduh mengganggu ketenteraman awam selepas video yang dirakam orang ramai mengenai perbuatannya viral.

Dalam video yang dimuat naik ke media sosial, singa itu dilihat di belakang kereta lelaki itu.

Polis berkata, Saqlain Javed, peniaga haiwan tempatan yang berusia 30-an ditangkap selepas penduduk membuat laporan.

Saqlain bagaimanapun memberitahu polis, dia dalam perjalanan menemui seorang veterinar serta mempunyai permit dan dokumen lengkap mengenai harimau berkenaan.

“Kami membebaskan lelaki itu dengan ikat jamin,” kata Muqadas Haider, pegawai kanan polis tempatan.

Video itu ditonton lebih sejuta kali di Facebook dengan kebanyakan pengguna menyelar sikap lelaki itu yang mereka anggap hanya mahu menunjukkan kekayaannya. – Hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.