Lebih 5,000 Bas Ekspres Beroperasi Sepanjang Musim Raya Nanti

LEBIH 5,000 bas ekspres bakal beroperasi sepanjang musim perayaan Aidilfitri membabitkan 40 terminal bas seluruh negara kecuali Sabah dan Sarawak.

Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) Mohd Azharuddin Mat Sah berkata, pihaknya juga mengeluarkan 93 permit bas tambahan bagi menampung pertambahan jumlah penumpang yang meningkat pada musim perayaan nanti.

Beliau berkata, SPAD juga mempertingkatkan langkah keselamatan dengan melakukan audit penguatkuasaan terhadap rekod sistem kedudukan global (GPS) kenderaan, operasi penyamaran, rondaan di lokasi berisiko tinggi dan pemantauan kamera litar tertutup (CCTV) di pusat operasi lebuh raya.

“Seramai 384 pegawai penguat kuasa SPAD akan melakukan pemantauan dan operasi secara berkala bagi mengesan kesalahan pemandu atau syarikat bas ekspres sepanjang tempoh musim perayaan nanti.

“Malah, SPAD juga akan mengambil tindakan drastik jika terdapat perbuatan pemandu bas ekspres tular di media sosial yang berjaya dirakam oleh orang ramai,” katanya pada sidang media selepas mengagihkan pek iftar dan advokasi keselamatan jalan raya sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2017 di perkarangan Terminal Bersepadu Selatan(TBS),di sini, sebentar tadi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.