Ku Nan Sedia Lawan Sivarasa Di Mahkamah

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bersedia berhadapan dengan saman fitnah yang difailkan oleh anggota parlimen Subang R Sivarasa.

Ia berhubung komen Tengku Adnan mengenai lawatan masjid yang cukup kontroversi oleh pemimpin PKR itu.

“Saya tunggu sajalah dia nak saman. Saman sajalah, nak buat macam mana.

“Kita akan lawanlah,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Nur Ramadan di Masjid Ar-Rahah Kerinchi hari ini.

Sivarasa hari ini memulakan saman fitnah terhadap Tengku Adnan yang lebih dikenali sebagai Ku Nan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui firma Daim & Gamany pada Selasa lalu.

Sivarasa dalam kenyataan hari ini berkata, komen Ku Nan terhdapnya adalah palsu dan berniat jahat.

Menteri itu mendakwa Sivarasa berceramah politik semasa membuat lawatan ke masjid, suatu perbuatan yang dilarang di Selangor.

Lawatan Sivarasa ke Masjid An-Nur pada 24 Mei yang lalu menimbulkan kekecohan dan mencetuskan kemurkaan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Beliau seterusnya memohon maaf kepada sultan Selangor dalam surat yang menerangkan apa yang sebenarnya berlaku semasa program tersebut.

“Dalam surat itu, saya telah menjelaskan kepada Sultan bahawa saya hanya memberi ucapan ringkas, bukan berceramah atau ucapan politik,” kata Sivarasa.-Malaysiakini

5 thoughts on “Ku Nan Sedia Lawan Sivarasa Di Mahkamah

  • October 1, 2018 at 4:36 pm
    Permalink

    sama jer spesis korup…pantang ada tanah kosong semua buat kondo? semak samun ni lagi haprak?jem jln kau tk peduli.. duit masuk kau kaut!! tunggulah ada rezeki dipetik nama ..dptlah nanti insyallah..amin ..bila sprm nk siasat..??

    Reply
  • October 1, 2018 at 4:37 pm
    Permalink

    takbur bongkak allah swt tidak suka…! nasib tk baik ada lah nanti..tunggu jer..

    Reply
  • October 1, 2018 at 4:39 pm
    Permalink

    bagi beras 5kg ada gambar dia sekali? rasuah undi ker? tk guna punya orang???

    Reply
  • October 1, 2018 at 4:40 pm
    Permalink

    yg korup moga2 terbukti didakwa hukuman seberat2nya…amin insyallah salah tetap dihukum..!

    Reply
  • October 1, 2018 at 4:42 pm
    Permalink

    hidup PH . tun m syabas tahniah. penyelamat duit harta negara rakyat malaysia..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.