Kerajaan Tanggung Pembelajaran Anak Dua Juruterbang TUDM

KUALA LUMPUR – Perbelanjaan pendidikan anak-anak kepada dua juruterbang pesawat Hawk 108 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan ditanggung oleh Kementerian Pertahanan.

Perkara itu diumumkan Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohd. Johari Baharum selepas menghadiri majlis pengkebumian salah seorang mangsa nahas berkenaan pagi semalam.

“Bagi pihak kementerian, anak-anak kedua-dua mangsa juruterbang yang terkorban ini akan ditanggung sehingga mereka tamat pengajaran.

“Segala perbelanjaan sekolah akan ditanggung sehingga mereka masuk universiti dan sebagainya,” katanya.

Johari dalam pada itu menggesa siasatan segera dijalankan untuk mengenalpasti punca nahas.

Kementerian juga akan membincangkan kenaikan pangkat Mejar Yazmi Mohamed Yusof dan Mejar Mohd Hasri Zahari secara medan memandangkan kedua-duanya merupakan juruterbang terlatih.

Mayat Mejar Yazmi Mohamed Yusof, 39, dan Mejar Mohd Hasri Zahari, 31, ditemui dalam jarak antara 20 meter antara satu sama lain dengan payung terjun masing-masing pada 2.30 petang semalam, selepas dilaporkan hilang daripada radar setelah berlepas dari Pangkalan Udara Kuantan pada 11 pagi Khamis.

Jasad dua mangsa ditemui di sebuah kawasan hutan paya bakau di Kampung Pondok Pasir, bersebelahan Kampung Yak Yah, Ibok, di sini. – AntaraPos

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.