Kakitangan Bawahan Pos Malaysia Menangis Terima Surat Prestasi Rendah, Tak Diberi Bonus

“Niat aku bukan untuk burukkan nama syarikat tapi nak buka mata orang atasan terhadap kami-kami pekerja bawahan,”kata seorang pekerja Pos Laju yang meluahkan rasa kesedihannya apabila tidak diberikan bonus setimpal dengan tugasan mereka.

Menerusi satu status di facebooknya, lelaki ini menulis, sebagai pekerja bawahan kurier pos laju NP1 dia memuat naik status tersebut bukan untuk burukkan syarikat tetapi untuk mengingatkan ketuanya bahawa pekerja bawahan bermain dengan hujan panas dan bermandi peluh.

“Kepada Dato pos malaysia yang dihormati, Kami berlapar dahaga di bawah matahari terik sepanjang hari keluar seawal jam 4 pagi masuk kerja balik selewat 9 malam.

“kerja penat lelah semput sampai sakit-sakit masuk keluar hospital, sabtu kadang-kadang ahad kami korbankan masa dengan keluarga demi tanggung jawab tapi ini hasil nya pihak atasan bagi kami.

“Rm 0 bonus saya dapat tahun ni dengan markah prestasi 44.9 sebelum ini sudah 4 tahun merasa prestasi tahap 2 tapi tak mengapa ada juga hasilnya walau sedikit,”tulisnya.

Menurutnya, dia mengasihani anak dan isterinya kerana serba kekurangan untuk menyambut perayaan yang bakal tiba.

“Kami ada anak bini juga untuk diberi makan diberi pakai, lagi-lagi untuk hari raya akan tiba ini.

“Saya tahu kadang-kadang saya melawan ketua, mc disebabkan sakit saya tetapi inikah pembayaran tahunan kerja sepanjang tahun ini.

“Saya di luar pejabat cuba buat kerja sehabis mungkin kadang-kadang sampai malam sebab saya fikir memang tanggungjawab saya seorang kurier,”tulisnya lagi.

Dia meminta supaya ketuanya memberi sedikit timbang rasa dengan gajinya dan kakitangan bawahan yang lain.

“Gaji kami yang kecil tidak seberapa ini manakan mahu bayar rumah,kereta,bil-bil pakai makan dan lain-lain.

“Diharap Status ini dapat sampai ke DATO POSMALAYSIA cuba pertimbangkan balik apa yang saya luahkan. Tak pernah saya menangis bila lihat surat ini. Ini kali pertama saya menangis disebabkan mengenangkan anak isteri untuk dibeli segalanya raya ini.

“Mohon kawan-kawan share moga- moga sampai ke Dato posmalaysia .. Minta maaf andaikata saya silap dan beri kurang senang pada sesetengah pihak. Salam dari staff 7 tahun di poslaju kl. Sekian rintihan kurier np1,”tulisnya yang dikongsikan Tom Yana.

Sementara itu, netizen turut memberikan kata-kata semangat kepada lelaki tersebut selain meminta supaya Datuk Pos Malaysia untuk memberikan ihsan terhadap kakitangan bawahan untuk menyambut perayaan.

Dalam pada itu, seorang daripada netizen turut bersimpati dan menawarkan peluang pekerjaan kepada lelaki tersebut untuk mengubah nasib hidup mereka sekeluarga.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.