Harimau Malaya Perlu Masa Baiki Corak Permainan Kata KJ

 SEPANG – Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin mengulas mengenai kekalahan skuad bolasepak senior kepada Lubnan dalam perlawanan pertama Kumpulan B, kelayakan Piala Asia 2019. 

Menurut Khairy, para pemain, jurulatih Nelo Vingada dan Persatuan Bolasepak Malaysia FAM perlu diberi masa dalam mengembalikan kegemilangan era bolasepak negara.

“Kita perlu positif dalam perkara ini jangan membuat kesimpulan yang terlalu awal berkata bahawa sudah gagal dan sebagainya,”katanya.

Beliau berkata, perubahan yang bakal di lakukan ke atas skuad negara bukan perkara yang dapat dilakukan dengan cepat atau mudah.

“Saya positif dengan perlawanan pertama dan jurulatih baharu,”katanya.-SuaraTV.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.