Hafiz Teruja Isteri Berbadan Dua

Penyanyi popular tanah air, Hafiz Suip mengesahkan isterinya, Nureffy Jasreel Abdullah hamil 11 minggu selepas kira-kira setahun mendirikan rumah tangga.

€”Alhamdulillah, saya bersyukur dengan rezeki ini. Pun begitu, tidak banyak yang boleh saya kongsi memandangkan kehamilan ini masih di peringkat awal, ” katanya kepada Harian Metro.

Beliau mengakui turut teruja dan telah berkongsi berita gembira ini di akaun Insgram miliknya.

Dalam video tersebut, Hafiz menemani isterinya sedang menjalaniproses imbasan ultra bunyi dan beliau teruja apabila mendengar denyutan kandungan.

Tambah beliau lagi, sebarang perkembangan akan dikongsikan bersama peminatnya.

Hafiz mengakui sangat teruja dan berkongsi berita gembira itu dengan peminat di laman sosial Instagramnya.

“Insya-Allah saya akan kongsi perkembangan kandungan dengan peminat dan rakan media dari semasa ke semasa,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.