Gangguan Bekalan Air Di Petaling Berjaya Dipulihkan

KUALA LUMPUR – Bekalan air di beberapa kawasan di Petaling yang terjejas akibat gangguan bekalan elektrik di Rumah Pam Kolam Air Bukit Gasing telah pulih sepenuhnya.

Kumpulan Pengurusan Air Selangor merakamkan penghargaan kepada semua pengguna di atas kesabaran menghadapi gangguan bekalan air sepanjang insiden di luar jangkaan ini.

Walau bagaimanapun, pengguna dinasihati untuk sentiasa menggunakan air secara berhemat.

Pengguna boleh mendapatkan maklumat mengenai perkhidmatan air melalui www.syabas.com.my atau aplikasi telefon pintar “mySyabas”. – MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.