DUN Pujut: SPR Akur Keputusan Mahkamah

SHAH ALAM – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akur dengan perintah Mahkamah Tinggi Kuching, hari ini, yang membatalkan keputusan yang dibuat DUN Sarawak pada 12 Mei yang lalu.

Keanggotaan Dr Ting Tiong Choon telah dilucutkan sebagai ADUN N.74, Pujut, Sarawak yang mengakibatkan berlaku kekosongan luar jangka bagi kerusi tersebut.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata, pihaknya akur dengan perintah mahkamah dan akan mengambil tindakan selanjutnya selaras dengan keputusan mahkamah itu.

“SPR akan mengadakan mesyuarat khas berkaitan perkara ini bagi memuktamadkan keputusan yang melibatkan tarikh-tarikh yang telah ditetapkan sebelum ini,” katanya.

Jelasnya, berdasarkan kepada keputusan itu juga, mahkamah turut memutuskan bahawa tiada kekosongan luar jangka telah berlaku dan ADUN tersebut masih lagi kekal status quo dan jawatannya itu perlu dikembalikan. – ANtaraPos

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.