7 Kelasi Hilang, Kapal Pemusnah AS Bertembung Kapal Dagang

YOKOSUKA – Tujuh tentera laut Amerika Syarikat hilang selepas kapal pemusnah USS Fitsgerald bertembung dengan kapal dagang di perairan Jepun.

Kemalangan itu berlaku 56 batu nautika (103 kilometer) di barat daya bandar Yokosuka kira-kira 2.30 waktu tempatan (18:30 BST) pada hari Sabtu.

NHK yang melaporkan kejadian itu memaparkan rakaman dari udara kapal Amerika Syarikat dengan kerosakan ketara pada satu bahagian.

Seorang pelaut yang cedera telah dipindahkan ke hospital dengan helikopter pengawal pantai ini.

Kapal laut tentera itu dilaporkan dimasuki air di beberapa tempat dan jumlah mangsa yang cedera sedang dikenal pasti.

Ia berkata, kapal itu kini dalam perjalanan ke Yokosuka – di bawah kuasa sendiri, tetapi dengan keupayaan terhad.

Pengawal pantai berkata, kapal lain adalah milik Filipina dan beratnya di bawah 30,000 tan.

Kawasan nahas merupakan perairan yang amat sibuk, dengan penghantaran keluar dan masuk dari teluk Tokyo.

Kemalangan itu menimbulkan persoalan kerana USS Fitgerald adalah kapal perang yang paling canggih dengan sistem-sistem radar moden.

Persoalannya mengapa anak kapal gagal untuk mengelakkan perlanggaran dengan kapal kontena sepanjang 200 meter (700 kaki) itu?. – MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.