17 Kawasan Di Hulu Langat Dinaiki Air

KUALA LUMPUR – Sebanyak 200 penduduk terpaksa dipindahkan selepas 17 kawasan di sekitar daerah Hulu Langat dinaiki air sehingga satu meter akibat hujan lebat berterusan petang tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, banjir berlaku dipercayai akibat taburan hujan yang luar biasa dari hulu hingga ke hilir sungai selama dua jam bermula pukul 2 hingga 4 petang.

Tambahnya, hujan lebat itu menyebabkan air Sungai Langat, Sungai Lui, Sungai Perdik, Sungai Serai, Sungai Jernih dan Sungai Michu melimpah.

“Kejadian banjir melibatkan kawasan sepanjang tepi sungai Hulu Langat di Batu 13 hingga batu 19.

“Antara kawasan terjejas Kampung Sungai Serai Batu 12; Kampung Batu 13; Taman Nanding; Pekan Batu 14; Masjid Batu 16; Dusun Tua Batu 16; Dusun Tua Seberang Batu 17; Institut Kemahiran Belia Negara dan Dusun Tua Batu 17.

“Turut terlibat, Kampung Batu 17; Balai Polis Batu 18; Kampung Jawa Batu 18; Kampung Tanjung Batu 18; Pekan Batu 18; Kampung Kuala Perdik Batu 19; Kampung Haji Hassan Batu 20 1/2; Kampung Lubok Kelubi Batu 22 dan Batu 22/Batu 23 Sungai Lui,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, beberapa kawasan berkenaan yang dikesan kritikal telah membuka pusat pemindahan dan kerja menyelamat masih berjalan. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.