Video : Solat Hajat Mohon Kemenangan BN Di Kuala Kangsar

Oleh: Wan Nasrah Abdul Rahim

 

KUALA KANGSAR – Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Rahman menganjurkan solat hajat untuk kemenangan Barisan Nasional (BN) di Kuala Kangsar, malam tadi.

 

Beliau berkata, BN meletakkan harapan tinggi kepada Allah s.w.t, kerana baginya hanya Allah sahaja penentu kepada keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) p.067, Kuala Kangsar ini.

 

“Kita berserah dan mengharapkan yang terbaik. Mengikut ramalan saya, hasil daripada kajian yang dibuat, respon daripada pengundi begitu baik sekali orang Melayu boleh dikatakan saya rasa kira-kira hampir mencecah 80 peratus menyokong BN.

 

“Pengundi Cina juga ada tanda-tanda perubahan daripada PRU 13. Kalau PRU 13 peratusannya begitu rendah, tapi kali ini mungkin kita boleh dapat 50 peratus daripada pengundi-pengundi Tionghua. Masyarakat India memang terbukti menyokong BN dan saya percaya majoriti peratusannya mungkin sekitar 80 peratus ke 90 peratus kita boleh dapat daripada pengundi India,”katanya.

 

Tambahnya, dengan senario tersebut, beliau yakin BN akan mencapai kejayaan yang cemerlang pada kali ini.

 

“Lebih baik, lebih hebat daripada PRU 13 yang lalu,”katanya.

 

 

Sehubungan itu, Tajuddin berkata, seramai 3000 orang pengundi dikawasan itu majoritinya merupakan pengundi Tionghua.

 

“Kita telahpun berkampung di sini hampir dua minggu sebelum penamaan calon sejak daripada 1 hb lagi. Jentera PDM Pasir Salak ini telah dibantu oleh MCA dan MIC dimana mereka telah melakukan kerja-kerja kempen, termasuk menjejaki pengundi-pengundi daripada wanita BN MCA, Gerakan dan MIC.

 

“Kita telah melakukan yang terbaik dan sampai masanya kita akan hadapi hari penentuan pada 18 hb jadi sebelum itu tidak berapa lama lagi,”katanya.-SuaraTV

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.