Poster Calon BN Di Sekinchan Disimbah Cat Merah

SUNGAI BESAR – Polis sehingga kini telah membuka 10 kertas siasatan sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kawasan Parlimen Sungai Besar.

 

Pegawai Perhubungan Media Polis bagi PRK kawasan Parlimen itu , Asisten Komisioner Khalil Ariffin berkata, pihaknya akan menyiapkan kertas siasatan itu sebelum dibawa kepada pihak pendakwaan.

 

“Sebanyak 26 laporan polis telah dibuat berhubung kes salah-laku seperti mengoyak poster, membakar bendera dan kecurian,” katanya pada Sidang Media di Martek Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam.

 

Khalil berkata, secara keseluruhannya keadaan keselamatan masih lagi dalam keadaan terkawal dan tiada sebarang insiden serius berlaku sepanjang tempoh berkempen.

 

“Cuma ada beberapa perkara kecil yang berlaku semasa tempoh berkempen ini, namun ia dapat dikawal polis sepenuhnya.

 

“Sejak hari penamaan calon polis telah menjalankan rondaan cegah jenayaah bagi memastikan kempen terkawal dan diharap ia diteruskan pada hari mengundi, esok,” katanya.

 

Ditanya terdapat pihak tidak bertanggungjawab menyimbat cat bewarna merah pada poster calon bertanding,” Khalil berkata, pihaknya menerima laporan terbabit kira-kira jam 10 pagi tadi.

 

Katanya, kejadian poster calon disimbah cat dipercayai berlaku pada waktu malam atau awal pagi bagi mengelakkan tindakan mereka itu dikesan orang awam.

 

“Saya terima maklumat daripada orang awam yang membuat laporan polis dan mendakwa terdapat poster calon bertanding disimbah cat di Sekinchan dan Bagan Sekinchan,” katanya.

 

Beberapa poster di tepi-tepi jalan yang memaparkan wajah calon BN, Budiman Mohd Zohdi dikesan disimbah cat warna merah sejak awal pagi tadi oleh pihak tidak bertanggungjawab. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.