Beri Peluang Budiman, Mastura Teruskan Khidmat Cemerlang BN – Najib

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta pengundi di kawasan Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar memberi peluang kepada calon Barisan Nasional (BN), Budiman Mohd. Zohdi dan Datin Mastura Yazid meneruskan perkhidmatan cemerlang BN di kawasan itu.

 

Perdana Menteri turut mengingatkan pengundi di kedua-dua kawasan itu supaya tidak terpedaya dengan pembohongan dan permainan politik jahat pembangkang.

 

“Insya-Allah, hari ini hari terakhir berkempen sebelum penduduk di Sungai Besar dan Kuala Kangsar memainkan peranan penting mencorakkan masa depan kawasan mereka melalui proses demokrasi Pilihanraya Kecil Negeri esok.

 

“Kepada semua pengundi di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, saya gesa supaya janganlah terpedaya dengan pembohongan dan permainan politik jahat pembangkang, berikanlah peluang kepada Budiman Mohd Zohdi dan Datin Mastura Mohd Yazid untuk meneruskan perkhidmatan cemerlang Barisan Nasional di kawasan anda,” kata Perdana Menteri dalam status terbaharu yang dimuatkan ke akaun Facebooknya hari ini. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.