Zizan Serahkan Urusan Kahwin Pada Keluarga

Kisah mengenai perkahwinan Zizan masih menjadi tanda tanya sehingga kini kerana pelawak dan pengacara itu masih tetap enggan mengulas mengenai hal tersebut biarpun ramai pihak mula was-was terhadap kebenaran perkara itu.

 

Zizan berkata, buat masa ini dia menyerahkan kepada ahli keluarganya untuk menguruskan perkara tersebut.

 

“Saya telah dinasihatkan oleh ahli keluarga untuk merahsiakan mengenai perkara ini kerana ia merupakan perbincangan diantara keluarga saya dengan pihak di sebelah sana.

 

“Biar ia menjadi peribadi kerana ada benda yang boleh dikongsi dan ada juga perkara perlu dirahsiakan jadi biar ia menjadi teka-teki untuk sementara waktu dan biarlah keluarga sahaja yang tahu,” katanya seperti yang kepada mStar Online.

 

Tambahnya, dia lebih selesa untuk tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai kisah perkahwinannya kerana menganggap ia adalah urusan keluarga dan akan mengumumkan apabila sudah tiba masanya.

 

Dalam pada itu, Zizan berkata, pengalaman masa lalu membuatkan dia lebih berhati-hati untuk melakukan sesuatu perkara.

 

Sebelum ini Zizan pernah mendedahkan bakal berkahwin pada tahun ini namun dia bagaimanapun menyatakan masih belum pulang ke kampung untuk berbincang mengenai tarikh perkahwinan berkenaan.

 

Malah laporan sebelum ini mengatakan Zizan bakal berkahwin dengan seorang wanita dari Terengganu pada Jun.

 

Namun ada pihak menganggap kenyataan Zizan untuk berkahwin selepas putus cinta dengan Emma Maembong itu adalah untuk menutup segala kontroversi yang dilaluinya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.