Video: ‘Saya Masih Presiden MIC’ – Palanivel

Kuala Lumpur – Datuk Seri G Palanivel menegaskan beliau masih Presiden MIC dan menafikan dakwaan jawatankuasa kerja pusat parti yang beliau telah hilang keanggotaannya secara automatik.

 

“Dakwaan timbalan saya Datuk Seri Dr S Subramaniam yang saya telah melanggar Artikel 91 Perlembagaan MIC adalah tidak benar dan jelas sekali beliau (Dr Subramaniam) dan beberapa yang lain telah memanipulasinya dengan menyatakan saya dan empat yang lain telah kehilangan keanggotaan dalam MIC.

 

“Peruntukan Perlembagaan MIC dengan apa cara pun tidak menjejas keanggotaan ahli yang mengambil proseding undang-undang terhadap pihak ketiga,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

 

Palanivel menambah anggota hanya disekat dari mengambil proseding undang-undang terhadap CWC atau parti dan bukan sebaliknya.

 

“Saya harap anggota parti tidak mudah diperdaya oleh Subra dan anggota yang digantung hingga mempercayai cerita mereka,” kata beliau. – Bernama

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.