Video: Aksi Gedik Artis, Curi Tumpuan

Kalau ditanya apa aplikasi atau ‘trend’ yang menjadi bualan ramai masa kini, tentunya Dubsmash atau secara ringkasnya ialah aplikasi membuat video ‘selfie’ diiringi muzik seperti parodi.

 

Sejak kebelakangan ini, tidak kira individu termasuk selebriti turut mengambil kesempatan melakukan video parodi berkenaan.

 

 

Terkini, video dubsmash pelakon dan penerbit drama popular, Sheila Rusly dimuat naik di Internet sejak semalam berjaya mencuri tumpuan ramai.

 

Setakat artikel ini di tulis, video tersebut sudah ditonton sebanyak lebih 200,000 menerusi laman Facebook.

 

Apa yang menarik perhatian, video selama beberapa saat itu mencuit hati dengan aksi spontan Sheila bersama tiga lagi rakan artis termasuk Rita Rudaini dan Izreen Azminda.

 

Dalam rakaman itu, mereka melakukan aksi menari sambil latar belakang lagu berjudul Aduh-Aduh Sayang nyanyian Deasy Natalia.

 

Gaya dan liuk lenggok tubuh bersahaja empat selebriti ini cukup mencuit hati peminat lebih-lebih lagi di saat-saat akhir video itu kelihatan Sheila seperti mahu terajang kamera.

 

Video berkenaan juga mendapat lebih 500 komen rata-rata positif memuji sikap bersahaja artis-artis berkenaan.

 

Namun, ada juga memberikan komen negatif kerana berpendapat apa yang dilakukan selebriti ini sebagai satu aksi memalukan memandangkan mereka berstatus ibu dan tiga daripada mereka berhijab.

 

Sementara itu, bagi mengelak tercetus sebarang kontroversi mahupun isu panas, Sheila menulis komen menyatakan video tersebut hanyalah dibuat kerana suka-suka dan sekadar menghilangkan rasa tekanan kerja.

 

Sheila Rusly

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.