Tahniah Buat Semua Atlet Negara Di Sukan SEA – Najib

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengucapkan tahniah kepada atlet Malaysia atas kejayaan mereka merangkul 62 emas, 58 perak dan 66 gangsa di Sukan SEA 2015 di Singapura.

 

Najib dalam status Facebook miliknya berkata, pencapaian di Singapura itu lebih baik berbanding Sukan SEA 2011 di Indonesia dengan 59 emas dan Sukan SEA 2013 di Myanmar, 43 emas.

 

“Kita pergi ke Singapura dengan sasaran untuk membawa pulang 184 pingat tetapi Alhamdulillah, mendapat 186 pingat.

 

“Setinggi-tinggi tahniah kepada semua atlet dan pegawai. You made all of us and your country proud. Thank you. (Anda semua membanggakan rakyat dan negara. Terima kasih),” katanya. – BHarian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.