Suami Tak Mahu Lepaskan Saya – Zahnita Wilson

Peragawati dan pelakon jelita Zahnita Wilson menyatakan kehidupannya kini bahagia bersama suami dan anak-anak biarpun sebelum ini dia berdepan dengan konflik rumah tangga sejak sekitar tahun 2011.

 

Akui pemilik nama sebenar Zahnita Dorothy Hussein Wilson ini, dalam beberapa tahun ini dia dan suami berdepan dengan dugaan sehinggakan dia pernah nekad untuk hidup sendiri.

 

Beberapa laporan pernah menyebut Zahnita pernah menuntut fasakh dan memfailkan saman kepada suaminya.

 

Namun hubungan mereka suami isteri akhirnya kembali pulih. Kini selain sibuk dengan kerjaya, model yang pernah membintangi filem Kuliah Cinta ini sibuk dengan tanggungjawab sebagai isteri dan menguruskan anak-anak

 

“Hidup ini biasalah pasti ada pasang surutnya. Saya juga tak sempurna. Pernah nekad seperti mahu hidup sendirian dan boleh berdikari, tetapi suami saya tidak mahu lepaskan saya.

 

“Perasaan sayang itu masih ada antara kami dan lebih penting kami berdua ada zuriat yang masih memerlukan kasih sayang serta cinta.

 

“Malah ketika berlaku kehambaran dalam rumah tangga kami, saya sendiri keliru dengan apa yang patut dibuat dan sebaliknya.

 

“Saya sendiri tak boleh bersikap pentingkan diri sendiri dan saya tak boleh sewenang-wenangnya menghalang cinta bapa kepada anak itu daripada terus disekat. Kami memang bergelut beberapa tahun lalu tapi Alhamdulillah semuanya kian pulih.

 

“Kami masih bersama. Benar tak semudah itu untuk melepaskan kenangan bersama dan membina kehidupan baharu. Apa yang terjadi ada hikmah di sebaliknya. Ia menguji kesetiaan dan cinta kita kepada insan tersayang,” katanya seperti yang dilaporkan Berita Harian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.