Pusat Hiburan Diarah Tutup Sepanjang Ramadan

Jakarta – Pihak berkuasa Jakarta mengarahkan pusat hiburan di bandar itu ditutup sepanjang Ramadan bagi menghormati bulan suci umat Islam berkenaan.

 

Pengarah Agensi Pelancongan dan Kebudayaan, Purba Hutapea berkata, pihaknya mengeluarkan surat kepada semua pemilik premis hiburan supaya beberapa pusat hiburan ditutup sepanjang Ramadan.

 

“Beberapa pusat hiburan seperti kelab malam, pub, spa dan rumah urut diharamkan beroperasi.

 

“Bagaimanapun, beberapa pusat hiburan lain dibenarkan beroperasi dengan waktu yang terhad,” katanya.

 

Ujarnya, pusat hiburan seperti karaoke dan lokasi persembahan pentas dibenarkan beroperasi dari jam 8.30 malam hingga 1.30 pagi.

 

“Arahan ini berkuatkuasa sehari sebelum Ramadan, ketika dan sehari selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri,” jelasnya.

 

Kata Purba, agensi itu akan bekerjasama dengan Agensi Perintah Awam, polis dan Tentera Negara Indonesia (TNI) bagi mengawasi pusat hiburan berkenaan.

 
– Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.