Pelawak Hampir Dibelasah Peminta Sedekah

Seorang pelawak terkenal era 80-an dikejar serta dimarahi peminta sedekah di sebuah pusat beli-belah, baru-baru ini.

 

Kejadian berlaku ketika pelawak berkenaan berada di premis tersebut untuk menjayakan sebuah penggambaran.

 

Ada sumber memberitahu ternampak situasi tegang antara pelawak dan peminta sedekah berkerusi roda itu. Tidak pasti siapa yang memulakan namun dari jauh dia melihat pelawak itu ‘provok’ peminta sedekah berkenaan. Nampak riak tidak puas hati di wajah mereka.

 

Mungkin disebabkan terlalu panas hati, si peminta sedekah tiba-tiba bangun daripada kerusi rodanya sambil tangan mengangkat tongkat seolah-olah mahu memukul pelawak terbabit.

 

Mujur ada kru datang membantu dan berjaya menenangkan keadaan. Pelakon itu kemudian segera berlalu dari tempat itu.

 

Kata sumber, kalaulah kru tidak menyedari kejadian itu tak tahulah apa akan berlaku.

 

Nak menyalahkan dia sepenuhnya pun tak boleh sebab terlalu ramai orang yang berpura-pura menjadi peminta sedekah.

 

Barangkali pelawak itu dapat mengesan yang peminta sedekah itu sebenarnya tidak lumpuh dan boleh berjalan. Cuma mungkin cara teguran pelakon itu buat keadaan jadi panas hingga tercetus pergaduhan antara mereka.

 

Kata sumber lagi, peminta sedekah itu memang sudah biasa berkeliaran di pusat beli-belah berkenaan. Biasanya orang ramai buat tidak tahu saja kehadirannya dan tidak pernah mempersoalkan dia betul-betul lumpuh atau sebaliknya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.