Pelajar Tingkatan Enam Akan Diasingkan Dari Sekolah

KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pembelajaran Tingkatan Enam yang berkongsi bangunan dengan sekolah harian akan dikurangkan beransur-ansur sehingga setiap Pusat Tingkatan Enam di seluruh negara memiliki premis dan pentadbirannya sendiri.

 

Timbalan Perdana Menteri berkata, buat ketika ini, terdapat tiga jenis Pusat Tingkatan Enam iaitu Mod 1 yang mana pelajar diasingkan dan ditempatkan dalam premis tersendiri, Mod 2 (pusat berkongsi premis dengan sekolah tetapi mempunyai bangunan sendiri) dan Mod 3 (pusat berkongsi premis dan bangunan dengan sekolah).

 

“Berdasarkan perancangan, bilangan Pusat Tingkatan Enam Mod 3 akan beransur-ansur berkurangan.

 

“Dan pada akhirnya, hanya Pusat Tingkatan Enam Mod 1 sahaja yang beroperasi di seluruh negara dengan setiap Pejabat Pendidikan Daerah mempunyai sekurang-kurangnya satu Pusat Tingkatan Enam Mod 1,” katanya.

 

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis pelancaran Pusat Tingkatan Enam Kementerian Pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Mahkota di sini hari ini. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.