NGO ANAK Ditolak Majoriti Peneroka FELDA, Kata Pemimpin PAS

KUALA LUMPUR – NGO Persatuan Anak Peneroka FELDA Kebangsaan (ANAK) yang diketuai pemimpin PAS pro Anwarinas, Mazlin Aliman mula menerima tekanan dari dalam parti susulan tindakan Mazlan melepaskan kedudukan AJK PAS Pusat Isnin lepas.

 

Dr Zuhdi Marzuki yang terpilih menduduki kerusi AJK PAS Pusat dalam satu laporan oleh portal Malaysiakini mendakwa NGO ANAK terlalu bersikap ‘anti-establishment’ dan radikal dalam usaha mereka menarik sokongan anak-anak peneroka FELDA.

 

Tindakan yang bersifat mendesak dan kadang-kadang memberontak itu menurut Dr Zuhdi hanya popular di kalangan pendukung Pakatan Rakyat yang cenderung dengan gerakan sedemikian tetapi tidak mendapat tempat dan ditolak oleh majoriti peneroka FELDA dan anak mereka.

 

“Pendekatan ANAK ialah ajak anak-anak Felda jadi kumpulan pendesak malah kadang-kadang ‘rebellion‘ terhadap Felda, sesuatu yang tak dapat diterima oleh mereka kerana Felda begitu banyak berjasa.

 

“Bagaimanapun, sikap anti-establishment yang dipupuk oleh ANAK memang disukai oleh pendukung Pakatan, menjadikan Mazlan popular dalam lingkaran itu, tetapi kesannya terhadap pengundi Felda minimum,” kata beliau.

 

Dalam laporan yang sama, Dr Zuhdi yang juga Ketua Operasi Penyelidikan PAS mendedahkan satu pendekatan alternatif yang lebih mesra dan prihatin terhadap peneroka FELDA akan ditubuhkan sebagai proksi baru PAS bagi mendekati golongan peneroka.

 

“Insya-Allah, PAS akan tubuh sebuah proksi baru anak Felda yang sifatnya lebih mesra peneroka dan prihatin,” katanya kepada portal tersebut.

 

Mazlan Aliman merupakan satu-satunya pemimpin PAS pro Anwarinas yang berjaya mengekalkan kedudukan dalam AJK PAS Pusat semasa pemilihan baru-baru ini meletakkan jawatan tersebut Isnin lepas selepas kecewa melihat ramai rakannya ditewaskan kumpulan pro Presiden.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.