Video: Lelaki Mati Dalam Keadaan Separuh Bogel Di KL

Kuala Lumpur – Mayat seorang lelaki warga Arab Saudi yang berumur dalam lingkungan 30-an ditemui dalam sebuah kereta yang diparkir di hadapan kedai motor di Jalan Dang Wangi, malam tadi.

 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad berkata, mayat tersebut ditemui kira-kira jam 7.36 malam oleh orang awam yang melalui kawasan itu.

 

 

Menurutnya, mangsa ditemui dalam terbaring di tempat duduk belakang kereta jenis Toyota Camry.

 

“Siasatan awal mendapati mangsa bersama dua rakan yang juga warga asing berhibur di sebuah kelab berdekatan tempat kejadian sebelum salah seorang daripada mereka membuat kecoh.

 

“Mangsa bersama rakannya dihalau keluar dari kelab itu dan dipercayai dipukul orang ramai di luar kawasan kelab,” katanya ketika dihubungi The Rakyat Post.

 

Katanya, keterangan daripada orang ramai mendapati kenderaan itu diletakkan di hadapan kedai sejak 8.30 pagi tadi.

 

Zainuddin berkata, pemeriksaan polis mendapati kenderaan tersebut dimiliki oleh warga asing.

 

Menurutnya lagi, polis akan meneliti rakaman kamera litar tertutup di tempat kejadian dan kedai motor.

 

“Motif pembunuhan masih dalam siasatan dan polis masih mengesan rakan mangsa untuk siasatan,” katanya.

 

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat bagi mengenal pasti identiti mangsa.

 

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – The Rakyat Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.