Lelaki Kaki Skodeng Serah Diri

Kuala Lumpur – Selepas 10 hari menyembunyikan diri, seorang lelaki kaki skodeng menyerah diri di Balai Polis Wangsa Maju, awal pagi tadi.

 

Suspek yang berusia 20 tahun itu ditahan selepas menyerah diri kira-kira jam 12.45 tengah hari.

 

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, suspek dipercayai terlibat mengintai dan merakam aksi mandi rakan serumahnya dengan telefon bimbit di Taman Bunga Raya, Setapak pada 7 Jun lalu.

 

Menurutnya, ketika kejadian mangsa yang merupakan seorang pelajar perempuan sebuah kolej swasta berusia 22 tahun sedang mandi di tingkat atas rumah teres yang diubah suai menjadi 12 bilik sebelum menyedari aksi sedang mandi dirakam.

 

“Suspek menyerah diri selepas gambarnya disebarkan. Suspek ditahan reman sehingga Ahad ini untuk siasatan,” katanya.

 

Dalam kejadian itu, suspek melarikan diri selepas mangsa berjaya merampas telefon bimbitnya dan menemukan pemacu cakera yang menyimpan 12 koleksi rakaman video melibatkan tiga mangsa lain di rumah tersebut.

 

Kes disiasat mengikut Seksyen 509 kanun keseksaan dan 506 Kanun Keseksaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.