Lelaki Gatal Kena ‘Sekolah’ Dengan KJ

Kuala Lumpur – Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin melalui akaun Twitter menggesa supaya garis panduan dibuat kepada lelaki gatal yang menonton acara sukan.

 

“Perlu ada garis panduan untuk lelaki gatal turunkan pandangan kalau tidak mampu kawal diri menonton acara sukan,” kata Khairy secara menyindir.

 

Beliau berkata demikian susulan kritikan yang dilemparkan terhadap ratu gimnastik Malaysia, Farah Ann Abdul Hadi di laman sosial kerana mengenakan pakaian tidak sesuai yang menunjukkan ‘tumit unta’.

 

Selain dari tweet itu, Khairy turut membalas tweet dari dan beberapa posting oleh pengguna twitter @dimishtra yang begitu vokal dalam isu berkenaan.

 

Antaranya yang dibalas adalah: “Scrutiny and attacks on @farahann94 have been uncalled for. She’s old enough to make own decisions. Leave our athletes alone.” (Pemerhatian dan serangan ke atas @farahann94 adalah sesuatu yang tidak perlu. Beliau sudah besar dan boleh buat keputusan sendiri. Jangan kacau atlet kita).

 

Satu lagi twit oleh @dimishtra berkata: “Isu ini berkenaan seksisme. Tak ada siapa pun yang merungut apabila Sazali menunjukkan aksi dengan mengenakan pakaian mandi.”

 

Semalam, sewaktu sesi Parlimen, Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Yusoff menyoal sekiranya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengeluarkan garis panduan untuk pakaian atlet yang boleh digunakan oleh Kementerian Belia dan Sukan.

 

Menjawab soalan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, kerajaan akan mengkaji semula pakaian atlet susulan daripada pakaian jenis ‘leotard’ yang dikenakan oleh Farah Ann ketika beraksi di Sukan SEA di Singapura.

 

Pemenang pingat emas pada 13 Jun lalu menolak kritikan yang dibuat terhadapnya dengan berkata: ‘Tong kosong buat bunyi kuat.’

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.