Kembalikan Nama Batang Berjuntai – Nazri Aziz

Sekinchan – Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyifatkan nama Bestari Jaya kurang sesuai, sebaliknya mengekal nama asal, Batang Berjuntai.

 

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu berkata, nama asal patut dikekal kerana ia warisan dan sejarah sesebuah kawasan.

 

“Sebaik-baiknya tidak perlu tukar. Dari segi geografi akan hilang panduan. Saya sendiri tidak tahu di mana Bestari Jaya.

 

“Seperti nama ibu negara, Kuala Lumpur – terkenal ke seluruh dunia dan tiada siapa persoal,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

 

Delegasi pelancongan Persekutuan diketuai Nazri melakukan lawatan kerja lima jam bagi meninjau potensi industri pelancongan. Hadir sama, Adun Sekinchan, Ng Suee Lim dan Pembantu Exco Pelancongan Selangor, Gan Pei Nei.

 

Nazri berkata, penukaran nama kepada Bestari Jaya hanya dipersetujui Sultan Selangor selepas dinasihati Kerajaan Selangor sebagai pentadbir negeri.

 

“Itu (keputusan) kerajaan yang dahulu. Terpulanglah,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.