Jadikan Ramadan Bulan Penyatuan – Mufti

KUALA LUMPUR Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri hari ini meminta umat Islam di negara ini mengambil kesempatan kedatangan bulan suci Ramadan untuk bersatu.

 

Dr. Zulkifli juga mengesa agar umat Islam di negara ini mengambil sikap ‘buang yang keruh dan ambil yang jenih’ demi mencapai negara yang diredai.

 

“Kita hendaklah bersatu, kita buangkan yang keruh ambil yang jernih, kita bersihkan hati kita.

 

“Kita buang sifat iri tamak kita gantikan dengan sifat ikhlas, sifat kasih sayang, hormat menghormati yang akhirnya kita dapat menjadikan negara kita ‘baidatul taibatul rabul ghafur’, insyaAllah,” kata Dr. Zulkifli.

 

Dr. Zulkifli ditemui pada Majlis Cerapan Ramadan 1436 hijrah di Menara Kuala Lumpur semalam.

 

Umat Islam akan mula berpuasa pada Khamis nanti.

 

“Para ulama telah mengajar kita tat kala kita menyambut Ramadan jadikan hati gembira, seronok kerana tawaran Tuhan yang cukup besar dan gandaan pahala yang besar apabila masa diisi dengan amalan-amalan soleh dan ibadah wajib atau sunat.

 

“Pada Ramadan ini hendaklah kita menjadualkan manual khas antara yang amat dituntut adalah melengkapkan puasa, kedua berkiam pada waktu malam iaitu melakukan ibadat tarawih dan membaca al-Quran sehingga katam walaupun beberapa kali sebagaimana yang dilakuka oleh sahabat nabi dan orang soleh,” jelas Dr. Zulkifli.

 

Mufti Wilayah Persekutuan itu turut mengingatkan umat Islam berhati-hati dalam berbelanja untuk berbuka puasa dan menyambut hari raya.

 

“Dalam isu berbelanja berlebihan ini ada dua keadaan, jika sekiranya dia belanja berlebihan sehingga sampai kepada tahap pembaziran maka adalah tidak dibolehkan.

 

“Tetapi jika dia belanja berlebihan dengan meniatkan untuk bersedekah kepada jiran, fakir miskin maka itu adalah digalakkan,” jelas Dr. Zulkifli .- UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.